Wednesday, 13 March 2013
PERMULAANKU....
Pada Jun 2011, aku menerima Tawaran menyambung pelajaran ke Peringkat Ijazah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia..Alhamdulillah, aku kena menghadirkan diri ke kuliah yang tidak terlalu jauh dari kediaman aku. Aku diminta mendaftarkan diri dan hadir ke kuliah di Kampus Institut Perguruan Bahasa Melayu di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Kebanyakan rakan-rakan sekuliah aku adalah dari sekitar Kuala Lumpur dan hanya ada seorang dua sahaja dari luar Kuala Lumpur..Syukur kehadratNya, sehingga kini aku masih lagi mampu meneruskan pengajian walaupun sibuk dengan mengajar dan juga menguruskan rumahtangga, semoga Allah S.W.T. terus memberi aku kekuatan dan kesabaran untuk aku meneruskan pengajian ini dan seterusnya sehingga aku mengenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam.Amin....
Subscribe to:
Posts (Atom)
